6 Aktiviti Mengembangkan Kemahiran Komunikasi Anak Anda
Bahasa merupakan alat setiap orang untuk berkomunikasi, dalam hal ini, kanak-kanak boleh belajar sesuatu bahasa yang baharu dengan lebih cepat daripada orang dewasa. Ini kerana, semasa kanak-kanak membesar dan dengan otak yang masih berkembang, pembelajaran mengenai perkara-perkara yang baharu menjadi lebih mudah bagi mereka.¹ Ini membantu mereka membina kemahiran komunikasi mereka.
Mengembangkan kemahiran komunikasi kanak-kanak dapat membantu mereka untuk menyatakan pendirian mereka dengan lebih jelas dan berkeyakinan kepada orang-orang di sekeliling mereka. Kanak-kanak juga digalakkan untuk mempelajari bahasa baharu yang akan dapat membantu mereka mengatasi masalah halangan bahasa dan berkomunikasi dengan lebih ramai orang. Ini juga boleh membantu dalam peluang kerjaya mereka di kemudian hari.
Aktiviti-aktiviti yang disyorkan untuk kanak-kanak yang berusia 1 tahun ke atas.
Berikut adalah beberapa aktiviti yang menyeronokkan yang boleh anda lakukan dengan anak-anak anda bagi membantu mereka membina kemahiran komunikasi mereka:
I. Ajar Bahasa melalui aktiviti harian anak
Menerangkan kepada anak-anak anda tentang aktiviti-aktiviti yang mereka lalui setiap hari, seperti bangun dari tidur, mandi, mencuci muka, memberus gigi, dan lain-lain. Ini boleh membantu anak anak mengenali perkataan-perkataan baharu kerana komunikasi yang baik tidak akan berlaku jika anak-anak tidak dilengkapkan dengan kosa kata yang secukupnya untuk menyatakan pendirian mereka.
II. Sering Bercakap & Berkomunikasi dengan anak
Ibu bapa harus bercakap dengan anak-anak sekerap yang mungkin. Tanya anak-anak soalan-soalan yang mudah untuk mereka jawab dengan menggunakan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku atau telah diperhatikan oleh mereka, contohnya, Apakah warna bunga ini? Apakah bunyi yang dibuat oleh seekor lembu? Apakah benda di dalam gambar ini?. Jika kanak-kanak tidak dapat menjawab, bantu mereka dengan memberitahu mereka jawapan supaya mereka dapat belajar dan menggunakannya kelak.
III. Membaca Buku untuk anak-anak
Membacakan buku cerita kepada anak-anak akan membantu mereka membezakan antara perbualan biasadan bercerita. Galakkan anak-anak untuk melihat gambar-gambar di dalam buku itu bersama-sama dengan perkataannya. Ini akan memudahkan anak-anak belajar dengan lebih mudah melalui perkataan dengan gambarnya. Ini juga akan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Oleh itu, ibu bapa harus cuba membacakan buku kepada anak-anak mereka sekerap yang mungkin.
IV. Permainan perbualan melalui telefon dengan anak-anak
Biarkan anak-anak bermain dengan mainan telefon bimbit atau mainan telefon rumah yang membolehkan anak-anak mangadakan dialog sendiri seperti, Hello, ini Aiden yang bercakap... Siapakah yang bercakap di sana? Adakah anda mahu datang ke rumah saya supaya kita boleh bermain bersama hari ini? Kemudian ibu boleh memberi tindak-balas kepada anak itu dan mengamalkan komunikasi dengan anak-anak.
V. Ajar anak-anak untuk mengetahui/menyatakan keperluan mereka
Anak-anak yang sedang membesar mungkin menghadapi kesukaran dalam menyatakan keperluan mereka. Oleh itu, para ibu harus melatih anak-anak mereka bagaimana untuk menyatakan keperluan mereka. Apa yang mereka perlukan daripada anda adalah galakan untuk mengatakan perkataan-perkataan mudah seperti:
“Saya mahu kencing”
“Saya mengantuk”
“Saya suka yang ini”
Apabila anak-anak dapat menyatakan keperluan mereka, ibu perlu mendengar dengan penuh perhatian kepada anak-anak mereka. Untuk melatih dan menguji mereka, cuba ajar anak-anak untuk menyuarakan perkara-perkara yang mereka suka atau tidak suka. Contohnya, apabila kanak-kanak lain datang dan merampas mainan daripada anak-anak anda, ajar mereka bersuara dengan sopan seperti, Jangan rampas, ini mainan saya, anda perlu menunggu giliran anda dan sebagainya. Dengan melakukan ini, anda akan membantu anak-anak anda membina kemahiran komunikasi mereka serta keupayaan untuk bersuara dan menyatakan apa yang mereka fikir dan rasa.
VI. Berlatih dengan menunjukkan foto-foto keluarga
Ajak anak-anak anda untuk melihat foto-foto keluarga bersama anda dan tanya soalan-soalan mudah seperti: Siapakah di dalam foto ini? Dimanakah tempat ini? Apa yang anda lakukan di sana? Ini bukan sahaja membantu merangsang ingatan anak-anak, tetapi juga melatih mereka dalam komunikasi mereka.
Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tips, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.
MYS-01/10P03/18276