Kami menyokong saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk penyusuan eksklusif untuk enam bulan pertama kehidupan dan penyusuan berterusan seiring dengan pengenalan makanan pelengkap (pepejal) yang mencukupi dan selamat pada usia 6 bulan bersama-sama dengan penyusuan berterusan sehingga dua tahun dan seterusnya.

Mengurangkan Isu Pencernaan Protein: Protein Separa Hidrolisis

Kepentingan protein kepada kanak- kanak yang sedang membesar1,2

Tidak dinafikan lagi kanak-kanak memerlukan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan yang optimum. Apatah lagi, protein adalah salah satu kunci nutrisi bagi pertumbuhan dan penjagaan badan manusia.

Protein terdiri daripada rantai blok binaan yang panjang yang dikenali sebagai asid amino. Badan kita akan mencerna protein yang dimakan dan menguraikannya kepada unit yang paling ringkas untuk diserap dan digunakan.

 

Asid amino juga digunakan sebagai blok binaan tubuh badan kita. Bukan sahaja dalam binaan struktur fizikal otot, tulang dan organ, asid amino juga merupakan komponen dalam penghasilan darah, hormon dan enzim kita.

 

Terdapat 9 jenis asid amino yang tidak dapat dihasilkan dalam badan kita dan hanya boleh diperoleh melalui makanan yang kita ambil dan 9 jenis asid amino ini dikelaskan sebagai asid amino penting. Asid amino penting selalunya diperolehi dari protein haiwan.

 


 

Protein tumbuh-tumbuhan versus protein haiwan1,2

Tahukah anda, dari aspek pemakanan, protein haiwan dianggap lengkap manakala protein dari tumbuh- tumbuhan adalah tidak lengkap? Ini adalah kerana, protein dari sumber haiwan dapat membekalkan kesemua asid amino penting tadi berbanding protein dari tumbuh-tumbuhan.

Susu dan daging,yang berasal dari haiwan, mempunyai protein yang lengkap dan mengandungi asid amino penting. Protein haiwan juga lebih mudah dicerna berbanding dengan protein daripada tumbuh- tumbuhan3

 

Kekacang dan sayur-sayuran lain yang mempunyai protein kekurangan satu atau lebih asid amino penting, jadi pemakan sayur (vegetarian) perlu makan sayur-sayuran yang lain bagi melengkapkan bekalan asid amino penting yang diperlukan oleh badan.

 

Protein separa hidrolisis: Mudah cerna, dan lembut pada perut dan sistem pencernaan

Walau bagaimanapun baik dengan kompleks mampu mencerna molekul orang protein semua

Protein separa hidrolisis, iaitu protein yang telah diuraikan kepada saiz yang lebih kecil, lebih mudah untuk dicerna dan diserap4.

 

Tiada perbezaan di antara nilai nutrien di dalam protein separa hidrolisis dan protein dalam bentuk asal. Maka, kanak-kanak yang mempunyai perut yang masih belum matang tidak ketinggalan dari mendapat bekalan protein yang diperlukan.

 

 

 

 


Rujukan:

       * Proses Hidrolisis Protein

  1. U.S. Food and Drug Administration. Protein. Available at https://www.fda.gov/food/food-labeling-nutrition/changes-nutrition-fact…. Accessed on 18 October 2017.
  2. The Nemours Foundation. Learning about proteins. Available at http://kidshealth.org/en/kids/protein.html?ref=search&WT.ac=msh-p-dtop-…. Accessed on 18 October 2017.
  3. Hoffman & Falvo 2004. Protein-Which is Best? J Sports Science Med,3,118-130.
  4. Manninen AH. Protein hydrolysates in sports nutrition. Nutrition & Metabolism. 2009;6(1):38.
Sertai Kelab Enfamama A+