

Menjaga Diri Anda adalah Bahagian Persediaan Bersalin
Senaman ringan (meregangkan badan, berjalan kaki, meneruskan senaman kegel)
Memanjakan diri (potong rambut, mencukur bulu)
Menyertai kelas keibubapaan
Membaca tentang senario dan prosedur kelahiran dan bersalin
Menyediakan rancangan bersalin
Siapakah yang akan menemani anda di bilik bersalin?
Apakah persekitaran yang anda mahukan?
Adakah anda ingin merakamkan detik-detik bersejarah buat kenangan (gambar/video)
Apakah jenis ubat pelega sakit yang anda kehendaki?
Bagaimana anda mahu bersalin?
Adakah suami anda patut berada di sisi anda jika menjalani pembedahan caesarean?
Adakah anda mahu mengkhatankan anak anda?
Persediaan Kehamilan di Rumah
Pastikan bilik anda sudah disediakan
Beli bekalan secukupnya untuk sebulan
Isi beg bersalin anda
Masak hidangan tambahan dan sejuk bekukan untuk kemudian; kumpulkan menu khidmat penghantaran
Bayar bil (sewa/talian mudah alih/kad kredit) terlebih dahulu
Jika ada anak lain, dapatkan khidmat pengasuh atau bantuan saudara-mara untuk menjaga mereka dan berikan arahan sewajarnya
Isi minyak kereta anda
Ketahui tanda-tanda bila anda patut ke hospital (tanya doktor).
Buat perancangan untuk senario berbeza: jika anda rasa sakit nak bersalin semasa suami berada di pejabat, jika ia berlaku pada tengah malam dll.
Sediakan senarai nombor orang yang perlu untuk dihubungi jika tiba masa untuk bergegas ke hospital
Semasa di hospital
Pastikan bilik sudah disediakan
bilik bersalin
wad bersalin
stesen jururawat
ruang pentadbiran untuk pemprosesan dan pembayaran
Daftar terlebih dahulu di hospital jika dibenarkan
Tanya tentang dasar hospital
Waktu kunjungan
Barangan yang disediakan (seperti lampin, tuala wanita, keperluan dandanan diri)
Apa yang boleh dan tidak boleh dibawa (seperti pemanas makanan, pemain muzik)
Siapa yang boleh memasuki bilik bersalin bersama anda
Berapa lama anda boleh menginap selepas bersalin
Ujian pemeriksaan yang diberikan selepas bersalin
Bagaimana untuk mengetahui sekiranya anda sudah merasai sakit nak bersalin
Kontraksi yang lebih kuat dan lebih kerap (tanya pakar sakit puan anda berapa selang masanya sebelum anda patut pergi ke hospital)
Lelehan vagina tebal; pecah air ketuban
Sakit belakang ketara
Tekanan pada pelvis anda
Cirit-birit
* Jika tidak pasti, hubungi doktor anda. Jika berlaku pada waktu lewat malam, terus pergi ke hospital. Anda mungkin disuruh pulang dahulu, tetapi tiada salahnya jika kita lebih berhati-hati.