We support the World Health Organisation’s recommendation for exclusive breastfeeding for the first six months of life and continued breastfeeding along with the introduction of nutritionally adequate and safe complementary (solid) foods at 6 months together with continued breastfeeding up to two years of age and beyond.

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-8

Bantu perkembangan bayi ketika usia kandungan 8 minggu.

Minggu ke-8 kehamilan merupakan masa yang amat penting untuk perkembangan bayi. Pada waktu ini, ibu akan menyaksikan pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Bayi juga sudah bersaiz sebesar buah lemon.

Ketika ini, ibu mungkin akan terasa penat dan letih. Payudara juga akan mula terasa sakit. Inilah masa yang terbaik untuk ibu mengamalkan pemakanan yang sihat untuk menyokong perkembangan fizikal dan mental bayi dalam kandungan.

Apa yang berlaku ketika usia kandungan 8 minggu?

Pada akhir minggu ini, bayi dalam kandungan berukuran kira-kira 11 hingga 14 mm panjang. Ketika usia kandungan 8 minggu, bayi dipanggil fetus. Si manja dalam kandungan masih mendapat khasiat utama dari kantung bayi sementara plasenta terus berkembang1.

Bayi juga mengalami tumbesaran yang sihat dan pesat. Mata, telinga, bibir, dan hidung mula terbentuk dengan jelas dan paru-paru bayi juga sedang berkembang.

Pada waktu ini, jari-jemari kecil bayi juga mula terbentuk2. Walaupun tubuh badan si kecil sudah mula lurus, saiz kepala bayi ketika usia kandungan 8 minggu masih lebih besar berbanding tubuh badannya.

Apa yang anda boleh jangkakan pada minggu ke-8 kehamilan?

BersenamSakit belakang, terutama di bahagian bawah badan, adalah salah satu gejala yang kerap dialami ketika kandungan 8 minggu. Gejala ini disebabkan oleh perubahan hormon dan juga perut ibu yang semakin membesar.

Namun, ibu hamil boleh mengambil beberapa langkah untuk melegakan kesakitan ini:

  1. Kurangkan tekanan pada bahagian belakang anda. Letakkan bantal kecil di belakang badan ketika anda sedang duduk bagi mengurangkan tekanan di bahagian belakang anda. Iringkan badan ke sebelah ketika tidur dan letakkan bantal di antara dua belah lutut.

  2. Bersenam. Senaman ringan seperti regangan amat sesuai untuk melegakan kesakitan pada bahagian bawah belakang badan. Senaman ini juga selamat untuk dilakukan ketika usia kandungan 8 minggu. Walau bagaimanapun, pastikan anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu tentang senaman yang sesuai untuk dilakukan ketika hamil.

  3. Jaga postur badan anda. Disebabkan pusat graviti sudah beralih tempat ke hadapan, anda mungkin akan menyebabkan beban yang berlebihan apabila anda bersandar ke belakang. Perbuatan ini juga akan menambahkan tekanan pada bahagian belakang badan. Oleh sebab itu, jaga postur badan anda. Gunakan kerusi yang menyokong belakang badan serta gunakan kasut yang selesa dan sesuai3.

Namun, anda harus berwaspada sekiranya kesakitan yang dialami ketika usia kandungan 8 minggu sangat teruk. Jika ia berlaku, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar yang segera.

Apa yang boleh saya lakukan ketika usia kandungan 8 minggu?

Sekitar waktu kandungan 8 minggu, penghasilan saraf neuron (sel otak) bayi akan bermula4, dan korteks serebrum bayi dalam kandungan mula terbentuk. Ini merupakan bahagian otak yang bertanggungjawab untuk aktiviti yang kompleks, seperti memproses maklumat, dan fungsi kognitif seperti memori dan kemahiran motor. 

DHA masih merupakan nutrien terpenting dalam menyokong perkembangan otak bayi5. Oleh sebab itu, ibu digalakkan untuk meneruskan pengambilan DHA diikuti dengan makanan tambahan seperti zat besi dan asid folik.

Selain itu, ibu boleh mendapatkan semua nutrisi ini dalam segelas susu yang dirumus secara saintifik untuk wanita hamil. Susu ini mengandungi DHA, kolina, asid folik, kalsium dan protein pada tahap yang disyorkan pakar. Ia juga dapat menyokong perkembangan bayi di samping memastikan kesihatan ibu sentiasa terjaga. 

Otak bayi dalam kandungan juga merupakan pusat perkembangan penguasaan bahasa, emosi dan memori si manja. Oleh sebab itu, bayi perlukan nutrisi yang mencukupi untuk menyokong perkembangan otak yang sihat lebih-lebih lagi ketika usia kandungan 8 minggu.

Bekalkan ibu dengan nutrisi terbaik ketika kehamilan

Ketika kandungan 8 minggu, ibu sudah perlu fikirkan yang terbaik untuk kesihatan bayi yang dikandung.

Oleh sebab itu, ibu perlu mengambil susu yang diformulasi khas untuk wanita hamil untuk menyokong perkembangan si manja dalam kandungan.

Ketika berbadan dua, ibu perlu memikirkan tentang nutrisi dan makanan untuk dua orang iaitu diri sendiri dan bayi dalam kandungan. Malah, kesihatan ibu juga perlu dititik beratkan.

Pilih susu yang mengandungi asid folik, kalsium dan protein yang penting untuk kesihatan ibu ketika mengandung. Protein amat penting untuk perkembangan organ bayi dalam kandungan manakala kalsium pula dapat memastikan gigi dan tulang bayi lebih kuat dan sihat.

Dalam masa yang sama, untuk mengelakkan anemia, pastikan ibu mengambil makanan tambahan seperti susu dengan zat besi dan vitamin D untuk kekal sihat6. Di samping memastikan ibu tidak keletihan, vitamin D juga membantu badan menyerap kalsium dan fosforus dengan lebih baik.

Tidak dinafikan, fasa kehamilan merupakan satu masa yang sangat membahagiakan buat wanita. Namun, untuk memastikan kehamilan sihat terutamanya ketika usia kandungan 8 minggu, ibu perlulah menjaga pemakanan dan dapatkan pemeriksaan mengikut jadual.

Jika berlaku sesuatu yang tidak normal, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 

Artikel berkaitan:
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-9


Rujukan:
1 Fetal development: The 1st trimester. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-…. Accessed on March 28, 2022.
2 Pregnancy - week by week. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/pregnancy-week…. Accessed on March 28, 2022.
3 Back pain during pregnancy: 7 tips for relief. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-…. Accessed on March 28, 2022.
4 The Basics of Brain Development. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2989000/. Accessed on March 28, 2022.
5 Nutritional Requirements – Dietary Fats. http://www.fao.org/ag/humannutrition/nutrition/63162/en/. Accessed on March 28, 2022.
6 Iron deficiency anemia during pregnancy: Prevention tips. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-…. Accessed on March 28, 2022.

Help your growing baby develop in the eighth week of your pregnancy

Week 8 of pregnancy sees your growing baby’s first movements. Support both physical and mental development with proper nutrition.

What’s happening in Week 8 of my pregnancy?

By the end of this week, your developing baby could be around 11 to 14mm longi. Now called a fetus, your growing baby is continuing to get nourishment from the yolk sac as the placenta continues to develop.

The body continues to develop as well. Eyes, ears, lips, and nose are becoming obvious while the lungs are forming too. Your growing baby’s fingers will also begin to formii. While your little one’s body is starting to uncurl, his or her head is still very large in comparison to the rest of the bodyiii.

What can you expect in Week 8 of pregnancy?

Back pain, especially in the lower region, is a common symptom of pregnancy at this stage, due to hormonal changes and the strain of your growing bump. Manage the pain and enjoy your pregnancy further with these tips:

  • Reduce the stress on your back. Place a small pillow behind your lower back when you’re seated. When sleeping, lie on your side with a pillow between your knees.
  • Exercise. Stretches for your lower back may help to strengthen those muscles, but talk to your doctor about appropriate prenatal exercises.
  • Watch your posture. Because your center of gravity has shifted forward, you might be overcompensating as you lean back, which could strain your back even more. Practice good posture, choose chairs that support your back, and remember to wear comfortable footwear.iv

Please keep in mind that if the pain is severe, you should consult your doctor without delay.

What can I do to support my pregnancy in week 8?

Around this time neuron (brain cell) production begins.v The cerebral cortex of your growing baby’s brain is beginning to form,vi the brain area that will be responsible for advanced brain activity such as processing information, and cognitive functions like memory and motor skills. DHAvii is still one of your hero nutrients when it comes to supporting your growing baby’s brain development, so do keep up with your intake of it, along with an iron and folic acid supplement.

In addition, mothers can get these nutrients in a glass of milk scientifically formulated for pregnant women that contains DHA, choline, folic acid, calcium and protein at levels recommended by experts.

Your growing baby’s brain is also the center of language, emotions and memories – all important when it comes to his or her overall wellbeing. So when you boost your growing baby’s brain development with essential nutrients, remember that you are also supporting his or her emotional growth.

Be part of the Enfamama A+ Club today to access exclusive content about pregnancy, plus get FREE samples, vouchers and other amazing club benefits!

References:

i    Fetal development: The 1st trimester. (n.d.). Retrieved March 21, 2017, from    

 http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-d…

ii   Fetal development: The 1st trimester. (n.d.). Retrieved March 21, 2017, from

 http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-d…

Share information about your brand with your customers.

Reference Label
Join Enfamama A+ Club